Setiap detik dan saat,manusia sentiasa berusaha untuk memajukan diri,masyarakat dan negara.jam sentiasa berputar dan semakin ligat menghitung masa hadapan.kejayaan demi kejayaan dicapai oleh manusia bukan sahaja untuk meraikan kecemerlangan diri,bahkan organisasi dan juga syarikat turut mencipta nama dalam mengukir sejarah bangsa,negara dan tamadun.
Pada ketika sesetengah individu,organisasi dan negara mengecapi kebahagian atas usaha mereka selama ini yang bertungkus-lumus mencipta kejayaan hidup,masih kedengaran dentuman bom di sana sini dan perbalahan serta peperangan sesama manusia akibat sikap tamak,rasa hasad dengki,persengketaan dan permusuhan yang entah bila akan berakhir.saban hari,jumlah pelarian yang mendapatkan perlindungan di negara lain semakin meningkat lantaran ketidakstabilan politik dan sosial dalam negara.lebih derita lagi apabila terdapat sebahagian daripada umat ini menjadi pelarian di tanah air sendiri.ketika sebahagian besar individu menikmati keselesaan dan kemewahan hidup di dunia,berita di kaca televisyen menyajikan terhadap sebilangan kecil manusia hidup merempat,menghadapi kebuluran dan kekurangan zat akibat ketandusan sumber makanan di bumi kontang lagigersang tanpa pembelaan dan simpati masyarakat dunia.
Dunia pada hari ini menghadapi krisis kelangsungan (survival) akibat kegagalan manusia menyeimbangan keperluan jasmani dan rohani.kita berjaya membina bangunan tinggi mencakar langit,tetapi kita gagal menstabilkan ekosistem kehidupan yang mengundang seribu satu macam bencana alam.kita berjaya mencipta alat dan pengangkutan untuk menguasai bumi dan angkasa lepas tetapi kita gagal mengawal pencemaran udara hasil kecanggihan teknologi yang dibina.kita berjaya mereka bentuk bandar idaman pada zaman moden tetapi kita lupa memikirkan gejala sosial yang semakin parah di bandar-bandar besar.kita mampu menbina mahligai indah untuk keselesaan ahli keluarga tetepi gagal mengurus rumah tangga yang bahagia.kita mampu mencipta pelbagai jenis makanan segera yang mudah dan ringkas tetapi kita tidak memperoleh khasiat dan zat makanan yang sihat.kita berjaya mencipta teknologi dengan ketinggian ilmu dan ketajaman akal tetepi kita gagal gagal mengawal emosi dan nafsu sehingga kita menjadi mangsa gejala negatif teknologi seperti leka,malas dan pengalahgunaan teknologi.kita berjaya menguasai ruang angkasa lepas (outer space) , tetapi kita gagal menguasai ruang hati sendiri (inner space). inilah krisis yang kita hadapi pada zaman ini lantaran kegagalan kita menyeimbangkan keperluan hidup manusia bagi mencapai erti kebahagiaan sebenar.
Tuesday, 10 January 2012
Posts by : Admin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment